BENTONG, 20 Jun — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua, kiri) menyerahkan bantuan kepada sebahagian penjaja harian pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang 2022 Fasa Dua Kluster Penjaja Harian Peringkat Negeri hari ini.
Seramai 9,144 penjaja harian di seluruh negeri Pahang menerima bantuan tunai sebanyak RM200 seorang yang diberi secara “one off” dengan jumlah keseluruhan RM1.83 juta.