PRU14 Cerminan Kepalsuan Ditonjolkan PH – Noorazli

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said berpandangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan kepalsuan yang ditonjolkan Pakatan Harapan (PH) bertujuan mahukan perhatian daripada rakyat.

Katanya, pelbagai manifesto tidak masuk akal diberikan oleh mereka pada ketika itu memperlihatkan keadaan terdesak PH untuk menang pilihan raya.

“Rakyat pada ketika itu mahukan sesuatu yang di luar apa yang mereka ada dan janji-janji yang dibuat pada PRU itu terlalu manis sehingga mereka tidak tertolak.

“Begitu juga dengan pengundi kali pertama dan pengudi muda berkenaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mana ada satu kerajaan yang ada di dunia ini hendak memberi pendidikan secara percuma selepas mereka habis belajar.

“Hanya dengan satu langkah mereka dapat hapuskan hutang PTPTN yang bernilai puluhan ribu, siapa yang tidak mahu? Semua orang mahu bagi mereka tidak salah untuk mencuba tetapi apa yang berlaku itu adalah sebaliknya iaitu diitipu,” katanya menerusi siaran langsung Tsunami BN Bermula Di Sepang di Facebook UMNO Online.

Jelas Noorazli lagi, meskipun BN telah memberikan tawaran yang bersesuaian dengan keadaan semasa serta dengan meletakkan calon berkredibiliti termasuk di Selangor namun ianya tidak dapat menandingi janji manis PH pada ketika itu.

Meskipun begitu katanya rakyat kini sudah bijak menilai kaca dan permata sejak pentadbiran PH selama 22 bulan dan kegagalan yang ditonjolkan mereka.

“Biarkan kita letakkan calon-calon yang hebat pada ketika itu mereka kalah sebab tidak dapat membendung penipuan dan kepalsuan ini.

“Ini berbeza dengan PRU15 saya beranggapan bahawa masyarakat sudah terdidik dan faham inilah yang kita dapat daripada terjemahan dari siri-siri pilihan raya kecil dan negeri yang kita menang semuanya.

“Jadi rakyat sudah melihat parti mana yang sebenarnya memperjuangkan hak berbanding parti yang populis yang tidak mengotakan janjinya.

“Kita perlu sambung jadi tsunami politik pada hari ini kita harappkan rakyat agar sama-sama bangkit dan ajar pembangkang ini bagaimana hendak jadi pembangkang yang berhemah dan beretika” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit