PUTRAJAYA 10 Jun — Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menyempurnakan acara Program Gunting Rambut Percuma yang diadakan di Dewan Komuniti 18R13, Presint 18 di sini, hari ini. Program ini dilaksanakan bersempena menjelangnya sesi persekolahan yang bakal bermula minggu depan dengan lebih 1,000 anak-anak Putrajaya mendapat manfaat daripada pelaksanaannya.