PUTRAJAYA, 18 April – Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan sumbangan sanitizer kepada Surau Al-Muhajirin Presint 9 yang bakal digunakan bagi manfaat kepada para jemaah di surau berkaitan. Terdahulu meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama penduduk dalam Program Maidatul Rahman di Surau Al-Insaniah Fasa 2, Presint 9.