Hati-hati… Pihak Lawan Guna Pelbagai Cara Hendak Jatuhkan Calon BN – Mohamad Hasan

HANG TUAH JAYA, 15 Nov – Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati anggota jentera Barisan Nasional (BN) agar berhati-hati dengan tindakan pihak lawan yang akan menggunakan pelbagai helah untuk menang dalam PRN terbabit.

Menurutnya, pada PRN Melaka ini pelbagai cara dan helah pihak lawan lakukan untuk menjatuhkan calon BN.

.

“Kita harap dapat mengekalkan kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) Ayer Molek walaupun untuk mendapatkan kerusi ini agak mencabar dan pihak lain akan menggunakan berbagai cara. Mereka akan gunakan bermacam-macam helah untuk mengalahkan BN kerana mereka tahu susah hendak menang tapi tetap hendak juga kalahkan BN. Tujuan utamanya adalah mahukan UMNO/BN jatuh… jadi berhati-hati semuanya.

“Pastikan BN menang termasuklah di DUN Ayer Molek dengan calonnya Datuk Rahmad Mariman dapat mengekalkan kerusi tersebut. Jangan risau apa-apa hal kita ‘langgar’. Kita buat kerja kerana kita mahu menang, keluarkan pengundi pada 20 November ini.

“Pengundi BN mesti dikeluarkan, kalau pengundi putih tidak keluar susah nanti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian di bilik gerakan BN di DUN Ayer Molek, Taman Tambak Paya Harmoni, di sini, semalam.

Turut hadir calon BN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman serta ketua-ketua Cawangan UMNO di Dun tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO mengharapkan agar Rahmad dapat memenangi pilihan raya ini seterusnya Ayer Molek dapat diperkasakan lagi.

“Ayer Molek ini perlu diperkasakan dan menang kerana ia juga dilihat dan dikaji oleh penganalisa politik antarabangsa.

“Di Ayer Molek prestasi BN terutamanya calon itu sendiri membawa nama parti namun di kawasan lain parti kena bawa calon sebab ramai yang baru dan ramai yang belum mengenal calon baru … ini yang bezanya,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.