Rakyat Anggap PH ‘Zero’ Tidak Prihatin Rakyat

JASIN, 10 Nov – Pakatan Harapan ternyata tidak mempunyai kredibiliti mentadbir negeri Melaka berdasarkan kekurangan pengalaman dan kecekapan dalam kalangan pemimpinnya.

Bagi Roslan Abdul Rahman, 55, beliau menganggap PH sebagai ‘zero’ atau tidak kompeten dalam melakukan tadbir urus negeri khususnya dalam menguruskan kewangan negeri.

“PH mereka ini zero… untuk mentadbir tunggu kewangan daripada pusat baru dia agihkan, itu pun belum tentu lagi kurang-kurangnya suku peratus yang diagihkan… yang tidak diagihkan pun kita tak tahu pergi mana.

“Jadi kita tidak mahu sebegitu. Kena ikhlas bantu nasib rakyat itu yang pertama sekali … kalau sekadar hendak senangkan diri sendiri macam sebelum ini payahlah macam itu,” katanya yang merupakan peniaga ikan di Merlimau.

Sementara itu, Irwadi Adam berusia 35 tahun yang merupakan pesawah di kawasan yang sama meluahkan allahyarham ibunya yang merupakan ibu tunggal tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri Melaka di bawah PH.

“PH ini selama 22 bulan tidak ada apa-apa yang kita dapat lihat, saya minta bantuan pun tidak dapat, sampai la mak saya meninggal tidak ada apa-apa bantuan untuk ibu tunggal.

“Saya sebagai pesawah pun tidak ada sebarang bantuan yang saya dapat. Cuma dapat subsidi racun itu sahaja. Saya pun bukan orang yang senang, hanya orang kampung. Kadang pagi ada gaji, petang tidak ada gaji.

“Saya yakin sekiranya calon Barisan Nasional, Dr Muhamad Akmal Saleh menjadi wakil rakyat, dia akan membantu rakyat khususnya di DUN Merlimau ini,” ujar beliau.

Peniaga, Abdul Latif Tambi Chik ,43 turut memaklumkan kekesalan beliau dengan sikap lepas tangan PH yang tidak konsisten bertemu rakyat apatah lagi selepas mereka tidak menjadi kerajaan.

“Memang banyak sangat beza dia kalau dari segi BN tadbir insya-Allah memang teratur perjalanan berbeza dengan PH.

“Sewaktu ada kematian waktu PH tabdir negeri memang dia datang ziarah waris serta ke kubur tapi sejak mereka tidak jadi kerajaan negeri tiba-tiba mereka hilang terus tidak membantu langsung rakyat,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.