PRN: Rakyat Melaka Serik 22 Bulan Dikhianati PH – Haryaty Hamdzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Barisan Nasional (BN) yang dipimpin UMNO berupaya memenangi hati pengundi Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berdasarkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negeri itu, kata Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah.

Katanya, kini rakyat sudah belajar daripada pengalaman dalam tempoh 22 bulan tersebut yang memperlihatkan PH diketuai Adly Zahari tidak melaksanakan janji-janji yang mereka berikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kalau kita tengok pada PRU-14 bila tiga penjuru memberi kelebihan kepada PH tapi dalam PRN kali ini saya lihat ianya berbeza terutamanya rakyat telah serik dan belajar bagaimana mereka memberi kepercayaan kepada PH namun ianya dikhianati dengan janji yang tidak dilaksanakan oleh PH.

“Jadi ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada laras sokongan rakyat kepada PH dan saya lihat PRN kali ini insya-Allah sokongan akan balik kepada BN kerana telah melalui pengalaman itu.

“BN ada peluang untuk kekal tadbir Melaka kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kurang peranan dan pelaksanaannya yang ketiga individu yang menyusahkan parti tidak berjuang untuk rakyat sudah keluar dripada parti. Tanpa rasa terlalu yakin saya meletakkan keyakinan penuh rakyat akan bersama UMNO/BN,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, beliau juga turut memaklumkan bahawa jentera Jalinan Rakyat (JR) akan melakukan pendekatan berbeza untuk mendekati pengundi selain memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial.

Katanya, meskipun kerajaan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi menangani penularan pendemik COVID-19 namun ianya bukan penghalangan kepada gerak kerja JR.

“Saya lihat bila dikenakan SOP tertentu untuk peranan JR ini akan ambil pendekatan yang lebih kreatif seperti boleh berhubung melalui telefon pintar seperti yang kita lakukan dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Kita masih boleh berhubung begitu juga pendekatan JR dalam konteks dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai JR.

“Mereka tidak perlu lagi pergi rumah ke rumah tetapi mereka boleh laksanakan aktiviti seperti menguasai media sosial boleh berhubung dengan Facebook mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.