Watikah Pelantikan JPKK DUN Senaling Amanah Demi Rakyat

KUALA PILAH, 22 Okt – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Senaling menjadi pengiktirafan terhadap amanah dan tanggungjawab yang bakal digalas barisan kepimpinan berkenaan dalam memastikan kebajikan serta keperluan masyarakat setempat terus diberi perhatian.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, malam tadi, dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, YB Mohamad Qayyum.

Menurut Ismail, peranan barisan kepimpinan JPKK amat penting sebagai penghubung antara rakyat dengan pihak kerajaan dalam menyampaikan maklumat, mengenal pasti isu di peringkat akar umbi serta membantu mencari penyelesaian yang sewajarnya.

“Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap amanah dan tanggungjawab yang bakal digalas oleh barisan kepimpinan JPKK dalam memastikan kebajikan serta keperluan masyarakat setempat terus diberi perhatian,” katanya.

Beliau berharap semua penerima watikah dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat berkhidmat demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan DUN Senaling khususnya dan Negeri Sembilan amnya.

Majlis turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Datuk Adnan Abu Hassan, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Puan Nawal binti Amin serta barisan kepimpinan UMNO Bahagian, Pemuda, Puteri dan Wanita Bahagian Kuala Pilah. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO