BN Negeri Terengganu Bantu Calon Dun Endau Dan Tenggaroh

MERSING, 8 Julai — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat, hadir pada pertemuan negeri angkat bersama calon dan jentera BN di Pusat Gerakan (Command Center) Mersing bagi menyelaras strategi serta memperkukuh gerak kerja menjelang hari mengundi sempena Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 (PRN16), hari ini. Turut hadir calon BN N.32 Endau, Alwiyah Talib; calon BN N.33 Tenggaroh, Mohd Youzaimi Yusof, serta barisan kepimpinan BN Terengganu. Foto: UMNO-Online

