Aznan Tamim Terus Santuni Rakyat Melalui Bakul Kasih Johor

PENGERANG, 21 Jun — Penyandang ADUN Tanjung Surat, Aznan Tamim hari ini menyampaikan sumbangan Bakul Kasih Johor kepada beberapa keluarga di Kampung Pasir Gogok. Program yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, di samping membawa kegembiraan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

