Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan

JELEBU 23 Jan–Exco Kanan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaludin Alias menyampaikan bantuan persekolah pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertempat di Dewan Seri Purnama SK Petaseh hari ini.
Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak bagi sesi akademik yang akan datang. Semoga sumbangan ini menjadi pembakar semangat buat murid-murid SK Petaseh untuk terus rajin belajar dan mencapai kejayaan.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO