Menyaksikan Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman

KUALA LUMPUR 14 Jan–Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) di antara Penerangan UMNO Malaysia diwakili oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said dan SPU diwakili oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini. Turut serta dalam Majlis Pelancaran tersebut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-Naib Presiden UMNO, Ketua-Ketua Sayap dan barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
MoU tersebut antara lain turut memanfaatkan teknologi digital dan AI, termasuk pembangunan AI Chatbot UMNO Malaysia sebagai alat pendidikan dan sokongan penerangan.

KUALA LUMPUR 14 Jan–Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-Naib Presiden UMNO, Ketua-Ketua Sayap dan barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO melakukan Gimik perasmian pelancaran AI Chatbot UMNO selepas Majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka hari ini.
