Hari Penamaan Calon PRK Kinabatangan Dan Lamag Meriah

KINABATANGAN 10 Januari — Calon Barisan Nasional (BN) P.128 Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar bersama calon N.58 Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) berjalan bersama para penyokong menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Lamag sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan. Turut hadir Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Akmal Saleh dan pimpinan UMNO Sabah yang lain. Foto : UMNO – Online

