Lawatan Ke Projek Tebatan Banjir

KOTA TINGGI 9 Januari — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Tinggi bagi mendapatkan perkembangan terkini pelaksanaan projek tebatan banjir yang merangkumi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor Fasa 1 (Pakej 1 dan Pakej 2) serta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pemandi.
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah Kota Tinggi melibatkan kos keseluruhan semasa kira-kira RM700 juta. Pelaksanaan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029.

