Menerima Menghadap Menteri Perladangan Dan Komoditi

KUALA LUMPUR 7 Jan–Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad di Istana Bukit Tunku, hari ini.
Seri Paduka Baginda berkenan mendengar taklimat mengenai perancangan dan hala tuju strategik Kementerian Perladangan dan Komoditi serta menzahirkan nasihat agar setiap pelaksanaan dilaksanakan dengan penuh integriti, tadbir urus yang baik dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.


