Kerjasama Strategik Johor-China Tarik Pelaburan RM900 Juta

CHINA, 1 Jan — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasi negeri mengadakan lawatan ke Jiangsu Longda Superalloy di Shanghai. Hasil pertemuan menyaksikan pelaburan RM900 juta melalui anak syarikatnya, Singda Superalloy (Malaysia), yang bakal mewujudkan 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Kerjasama turut dimeterai bersama UTM bagi pembangunan bakat dan latihan graduan.

