Lawatan Kerja Ke Klinik Desa Tanjung Gahai

LIPIS 26 Dis–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan lawatan kerja ke Klinik Desa Tanjung Gahai bagi meninjau sendiri keadaan serta kemudahan yang disediakan untuk penduduk setempat di sini hari ini.
Hasil penilaian sebelum ini oleh pihak JKR Lipis dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mendapati bangunan lama klinik ini tidak lagi selamat untuk digunakan.

