Lawatan Ke Balairaya Dan Gelanggang Serba Guna Kampung Tuan Sheh

KOTA TINGGI 20 Dis–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan ke Balairaya dan Gelanggang Serba Guna Kampung Tuan Sheh, Tanjung Sedili bagi melihat pelaksanaan projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI, Kementerian Pertahanan Malaysia.
Tinjauan awal sebelum ini mendapati beberapa kemudahan awam di kampung ini memerlukan penambahbaikan. Susulan itu, peruntukan telah diluluskan melalui Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan, termasuk balairaya dan gelanggang serba guna.

