Berkenan Melawat Pusat Pemindahan Sementara

KUANTAN 20 Dis–Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas perkenan berangkat menyantuni rakyat jelata yang terjejas akibat banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kuantan.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ke PPS SK Bunut Rendang, PPS SM Chong Hwa, PPS SK Mat Kilau dan PPS SMK Mat Kilau jelas memperlihatkan sifat keprihatinan, kecaknaan serta kasih sayang seorang sultan terhadap nasib rakyat jelata yang sedang diuji dengan musibah banjir. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

