Melawat Balairaya FELDA Bukit Aping Timur

KOTA TINGGI 14 Dis–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa melawat Balairaya FELDA Bukit Aping Timur bagi meninjau kerja-kerja baik pulih yang sedang berjalan. Sejumlah peruntukan telah diluluskan bagi memastikan balairaya ini lebih selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Lawatan ini turut diserikan dengan Program Santai Memancing di Kolam Rekreasi FELDA Bukit Aping Timur yang mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat, sekali gus mengeratkan silaturahim dan semangat muafakat dalam komuniti FELDA.


