Turun Padang dan Ramah Mesra Bersama Warga Felda

KOTA TINGGI, 14 Dis — Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin hadir dalam Program Sarapan Pagi bersama Komuniti FELDA Lok Heng. Program santai ini bagi membuka ruang interaksi mesra bersama penduduk, selain mendengar sendiri cadangan serta isu setempat demi menjaga kebajikan dan kemajuan komuniti FELDA secara menyeluruh.

