Menghadiri Official Dinner dan 7th AMRDPE Leadership Awards Ceremony

BANGKOK 11 Dis–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menghadiri Official Dinner dan 7th AMRDPE Leadership Awards Ceremony bersama delegasi dari seluruh ASEAN. Majlis ini menjadi ruang untuk kami memperkukuh hubungan serantau dan berkongsi pandangan mengenai masa depan pembangunan luar bandar.
Majlis tersebut turut membawa kebanggaan kepada Malaysia apabila dua organisasi tempatan, Energy Action Partners (ENACT) dan GE Nitrate Solutions telah menerima Anugerah Kepimpinan ASEAN sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan luar bandar dan usaha pembasmian kemiskinan.

