Penyerahan Bantuan Kasih Johor

LABIS 8 Dis–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyempurnakan Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2025 kepada rakyat di DUN Machap.
Menerusi Belanjawan Johor 2026, Kerajaan Negeri telah mengumumkan 23 inisiatif di bawah Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang melibatkan pelbagai kumpulan sasar, dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM170.7 juta, memanfaatkan lebih 355,000 penerima di seluruh Johor.

