Meelawat UTC Melaka

MELAKA 3 Dis–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyantuni pengunjung yang hadir mendapatkan pelbagai urusan penting kerajaan dan para petugas di kaunter perkhidmatan di UTC Melaka hari ini.
Lawatan dimulakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), diikuti Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Setiap agensi memainkan peranan besar dalam memastikan urusan rakyat berjalan lancar dan mudah.

