Kunjungan Hormat Duta Besar Norway Ke Malaysia

PUTRAJAYA 2 Dis–Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani meneriam kunjungan hormat Duta Besar Norway ke Malaysia TYT Marianne Fosland di sini hari ini. Perbincangan memberi tumpuan kepada kepentingan bersama dalam alam sekitar, pemuliharaan hutan dan tindakan iklim, selaras dengan hasrat Norway untuk meneruskan kerjasama serta memahami aspirasi dan hala tuju Malaysia dalam agenda kelestarian.


