Ziarah Kasih DUN Tanjung Keramat

PUTATAN 17– Calon N.24 Tanjung Keramat Jeffery Nor Mohamed mengadakan Program Ziarah Kasih di Taman Pantai Lok Kawi di sini hari ini.
Dalam ziarah tersebut, kami menziarahi warga emas, keluarga yang sedang diuji dengan masalah kesihatan serta keluarga yang baru sahaja kehilangan insan tersayang. Program ini menjadi ruang untuk mendengar sendiri luahan rakyat sambil menyampaikan doa, semangat dan sokongan moral kepada mereka.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO