Mengadakan Lawatan DUN Apas Dan Balung

LAHAD DATU, 14 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengadakan lawatan ke DUN Apas dan Balung bagi menyantuni masyarakat setempat serta mendekati golongan muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang bakal memulakan kempennya, esok. Turut bersama mengiringi beliau ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Salleh, serta calon BN bagi DUN Kunak, Datuk Seri Anil Sandhu.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO