Membentangkan Belanjawan Johor 2026

ISKANDAR PUTERI 13 NOV–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi membentangkan Belanjawan Johor 2026, sebuah belanjawan yang digarap dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada seluruh Bangsa Johor semasa sidang Dun hari ini.
Bertemakan “Bangsa Johor Sejahtera”, belanjawan ini merangkumi 260 inisiatif yang menyentuh setiap lapisan masyarakat daripada pendidikan, kesihatan, kebajikan rakyat, hinggalah kepada pemerkasaan belia, wanita, komuniti luar bandar serta usaha memakmurkan ekonomi negeri.

