Gelombang Sokongan Baharu Pemimpin PGRS Sertai BN

BEAUFORT, 12 Nov – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) terus meningkat apabila beberapa orang pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Dewan Undangan (DU) N.32 Klias mengisytiharkan penyertaan mereka ke dalam Barisan Nasional (BN).
Majlis penyertaan itu berlangsung dalam suasana penuh semangat di Program Santai Jentera PDM Klias Baru BN
Antara pemimpin PGRS yang menyertai BN ialah Naib Ketua Bahagian PGRS DUN, Klias Tuan Omar Haji Osin; Ketua Pemuda PGRS DUN Klias, Tuan Shahril Haji Osin dan AJK Bahagian PGRS DUN Klias, Haji Yakob Haji Jilon. Turut serta adalah penyokong-penyokong akar umbi PGRS DUN Klias yang hadir menyatakan sokongan penuh kepada BN.


