Sembah Taklimat Mengenai Pencapaian Dan Agenda Reformasi Undang-Undang Dan Institusi

SHAH ALAM 11 Nov–Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan atas perkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagi sembah taklimat mengenai pencapaian dan agenda reformasi undang-undang dan institusi yang sedang giat dilaksanakan Kerajaan MADANI di sini hari ini.
Sesi menghadap bersama DYMM Tuanku telah berlangsung selama lebih satu jam di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dan turut disertai oleh YBhg. Datuk Zamri bin Misman, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) serta Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM iaitu YBhg. Dato Dr. Punitha Silivarajoo dan YBrs. Tuan Thiyagu Ganesan.

