Forum Kerjasama Pendidikan Industri–TVET Antarabangsa Malaysia–China ke-2 Dan Pameran Pendidikan Vokasional Malaysia–China ke-4

SHANGHAI 7 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan merasmikan Forum Kerjasama Pendidikan Industri–TVET Antarabangsa Malaysia–China ke-2 dan Pameran Pendidikan Vokasional Malaysia–China ke-4 di Shanghai Technical Institute of Electronics & Information di sini hari ini.
Forum ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan China dalam bidang TVET, industri semikonduktor, keselamatan siber, rel transit, e-dagang dan logistik di mana ianya merupakan bidang-bidang masa hadapan yang bakal membentuk landskap ekonomi baharu negara.
