Mengadakan Pertemuan Bersama Kepimpinan Dan Ahli Malaysia–China Chamber of Commerce (MayCham) Shanghai

SHANGHAI 6 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan bersama kepimpinan dan ahli Malaysia–China Chamber of Commerce (MayCham) Shanghai, yang telah berperanan sejak tahun 2005 sebagai jambatan utama hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia-China.
Pertemuan ini sangat bermakna kerana MayCham Shanghai memainkan peranan penting dalam menyokong syarikat Malaysia yang beroperasi di China, serta membantu syarikat China meneroka peluang pelaburan mereka di Malaysia, khususnya dalam sektor halal, TVET, teknologi hijau dan ekonomi digital.

