Pemeteraian Memorandum Persefahaman Antara Majlis Amanah Rakyat Dan Shanghai Jiao Tong University

SHANGHAI 5 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmada Zahid Hamidi menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Shanghai Jiao Tong University (SJTU), sebuah universiti berprestij yang kini berada pada kedudukan ke-47 dunia dan ke-3 di China.
Kerjasama ini membuka ruang baharu dalam bidang pendidikan, penyelidikan TVET berimpak tinggi serta pembangunan sosio-budaya antara Malaysia dan China. Ia menandakan langkah besar MARA dalam memperluas jaringan pendidikan global dan melahirkan lebih ramai pelajar Bumiputera yang berdaya saing di pentas antarabangsa.

