Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

KUANTAN 4 Nov–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Ahli Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).
PKNP merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri yang mana tanggungjawab utamanya ialah meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luar bandar.

