‘UMNO Tidak Pernah Tutup Pintu Kepada Sesiapa Mahu Kembali Menyumbang’ – SUA
KUALA LUMPUR, 31 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa UMNO sentiasa terbuka kepada mana-mana individu yang ingin kembali menyumbang kepada perjuangan parti.
Menurut beliau, walaupun ada yang pernah memilih haluan berbeza, UMNO tidak pernah menutup pintu buat mereka yang ingin kembali demi agenda memperkukuh parti dan membela rakyat.
“UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang mahu kembali menyumbang.
“Ibrahnya jangan sesekali bakar jambatan, mahu benci atau sayang mesti berpada-pada.
“Tiada kawan mahupun musuh kekal. Hanya perjuangan yang kekal abadi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Tambah beliau, pengalaman masa lalu seharusnya dijadikan iktibar bahawa kepentingan parti dan rakyat mesti mengatasi perbezaan peribadi atau kepentingan politik. – UMNO Online
