Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2025 (Sesi 2) yang berlangsung di Wisma Perwira ATM, hari ini.
Istiadat hari ini melibatkan 526 penerima ATM, sebagai salah satu bentuk penzahiran penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.

