Kunjungan Menteri Pembangunan Negara Republik Singapura

JOHOR BAHRU 28 Okt–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima kunjungan Menteri Pembangunan Negara Republik Singapura Encik Chee Hong Tat bersama delegasi beliau di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, hari ini.
Pertemuan ini mengukuhkan hubungan erat antara Johor dan Singapura, khususnya melalui kerangka kolaborasi yang sedang dipacu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). Johor dan Singapura memiliki kelebihan kompetitif yang saling melengkapi. Penyelarasan dua kekuatan ini akan menghasilkan keupayaan ekonomi yang lebih strategik dan berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO