Menerima Kunjung Hormat Syeikh Dr. Hammam Said

KUALA LUMPUR 27 Okt–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjung hormat daripada Syeikh Dr. Hammam Said, tokoh ulama hadis terkemuka dari Jordan. Kehadiran beliau adalah sebagai tanda penghargaan atas usaha Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menterjemah sebanyak 3,200 hadis ke dalam Bahasa Melayu.
Dalam pertemuan ini, beliau turut menyarankan agar karya agung tersebut turut diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan masyarakat antarabangsa. Saya telah menzahirkan penghargaan dan komitmen untuk berbincang lanjut bersama DBP bagi merealisasikan cadangan ini.

