Merasmikan Program Trieco Gahai Challenge

LIPIS 25 Okt–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa hadir merasmikan Program Trieco Gahai Challenge (The Gahalon 2025) yang diadakan di kampung halaman sendiri iaitu Kampung Tanjung Gahai hari ini.
The Gahalon ni acara sukan lasak berkonsepkan eco challenge, gabungan aktiviti larian, kayuh basikal dan cabaran alam semula jadi. Tujuannya nak uji ketahanan fizikal dan mental peserta, sambil promosikan keindahan Tanjung Gahai sebagai destinasi ekopelancongan.

