Bantuan Pengagihan Air Mineral PPR Batu Putih


LIBARAN 25 Okt–Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.184 Libaran dengan kerjasama Pergerakan 3 Sayap iaitu Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Libaran mengagihan air mineral kepada penduduk PPR Batu Putih setiap blok di sini hari ini. Prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi yang telah terjejas bekalan air selama enam hari, satu Program Bantuan Pengagihan Air Mineral akan dilaksanakan sebagai langkah segera membantu penduduk yang terkesan.

