Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Lipis 2035

KUALA LIPIS 23 Okt–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Lipis 2035 (Penggantian) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah hari ini.
Dokumen ini amat penting kerana ia menjadi panduan utama pembangunan daerah Lipis sehingga tahun 2035, seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk membangunkan Pahang secara seimbang dan mampan.





