Mesyuarat Khas Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Ke-2 Antara Thailand Dan Kemboja

KUALA LUMPUR 23 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertemu dengan Menteri Pertahanan Thailand, TYT Natthaphon Narkphanit dan Menteri Pertahanan Nasional Kemboja, TYT Tea Seiha selepas mesyuarat tersebut selesai. Malaysia menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) ke-2 antara Thailand dan Kemboja yang diadakan di Wisma Perwira ATM hari ini.
Sebagai fasilitator, Malaysia kekal komited menyokong kedua-dua negara dalam usaha memperkukuh keamanan dan kestabilan di sepanjang sempadan, selaras dengan semangat persefahaman bersama serta kerjasama serantau di bawah payung ASEAN.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO