Perasmian Projek Jalan Dan Jambatan

JERANTUT 23 Okt–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Jalan dan Jambatan dari Kampung Labu, melalui Kampung Batu Balak, Jerantut ke Kampung Gemunchur dan Kampung Mela, Kuala Lipis di sini hari ini.
Turut hadir semasa majlis perasmian ini ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO