Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

KUALA LUMPUR 22 Okt–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi meneliti dan membincangkan beberapa dasar utama dan hala tuju Kerajaan berkaitan inisiatif dan strategi dalam menangani isu kos sara hidup.


