Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan

RABU 22 Okt–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan di Wisma Pertahanan hari ini.
Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) merupakan platform tertinggi bagi, antara lain, merumus dasar, menyelaras pelaksanaan dan memantau hal ehwal kebajikan veteran secara menyeluruh di peringkat nasional.
Mesyuarat kali ini turut menyaksikan penyerahan Sijil Pelantikan Ahli Lantikan MVK kepada:
Lt Jen Dato’ Sri Abdul Aziz bin Ibrahim (B), Presiden Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC); dan
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abidin, Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM).

Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) Bil. 14/2025 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.