Istiadat Pertukaran Panji-Panji Agong Tahun 2025

KUALA LUMPUR 23 Okt–Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji-Panji Agong Tahun 2025 yang berlangsung penuh istiadat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hari ini. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Panji-panji adalah lambang kehormatan, semangat juang dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap Raja dan Negara. Ia melambangkan legasi, identiti dan semangat setia yang diwarisi oleh setiap warganya.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO