TPM Meriahkan Rumah Terbuka Deepavali di Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 20 Okt — Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri jemputan rumah terbuka Deepavali bersama masyarakat India setempat. Kehadiran beliau disambut mesra dalam suasana menyemarakkan perpaduan dan mencerminkan keharmonian antara kaum sempena perayaan ini.

