Onn Hafiz Ghazi Tinjau Naik Taraf Terminal Larkin.

JOHOR BAHRU, 25 Sept — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meninjau projek naik taraf Terminal Larkin Sentral yang kini dalam fasa kedua pelaksanaan. Projek bernilai RM2.5 juta ini dijangka siap hujung tahun dan bakal menyediakan kemudahan lebih selesa, moden dan mesra pengguna kepada ribuan penumpang harian.

