Merasmikan Pembukaan International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2025 (IGEM 2025)

KUALA LUMPUR 15 Okt– Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menutup Kuala Lumpur Sustainability Summit 2025 (KLSS 2025) dan merasmikan pembukaan International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2025 (IGEM 2025) di sini hari ini.
KLSS 2025 telah menjadi wadah penting untuk membincangkan isu-isu mendesak termasuk tenaga, makanan, air dan kewangan. Semuanya terikat dengan cabaran krisis iklim yang semakin mendesak. Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, komited menjadikan tindakan iklim dan kelestarian sebagai teras agenda serantau.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO