Jalaluddin Semarak Perpaduan Sempena Deepavali di Jelebu

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO (BPUN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias terus komited menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Parlimen Jelebu sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba.

Menurut beliau, giliran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui menjadi lokasi program menyantuni masyarakat setempat, yang disifatkan sebagai lambang keharmonian hidup berbilang kaum di kawasan itu.

“Inilah wajah sebenar Parlimen Jelebu. Hidup dalam kerukunan majmuk yang tinggi dan penuh nilai ketimuran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menzahirkan harapan agar segala usaha yang dilakukan sejak dahulu akan terus memperkukuh semangat kekitaan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat Jelebu.

“Harapan besar saya agar semua yang kita usahakan sejak dahulu hingga sekarang akan terus mengikat tali-tali perpaduan dan kekitaan antara Waghih Jolobu,” ujarnya.

Di samping mengucapkan selamat menyambut Deepavali, Jalaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu turut mengambil peluang untuk menyampaikan bantuan sempena perayaan tersebut.

Happy Deepavali to all,” katanya ringkas.

Untuk rekod beliau sebelum ini turut berbesar hati bertemu masyarakat India di DUN Pertang, Klawang dan Chennah. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO